Thursday, December 29, 2011

pengalaman dipuncak Gunung Ledang mengingatkan tentang kebesaran Allah s.w.t.



Bersama rakan2 Geng Maahad Johor Batch '96 ,kami mulakan langkah dakian kami dgn melalui susur jalan pejalan kaki . Melihat keindahan dengan mata kepala sendiri , membuatkan kami berasa sangat kerdil disisi Allah s.w.t . Keindahan yang terpapar dihadapan kaca mata kami sendiri masih menyimpan beribu rahsia dimana masih belum dirungkai dan belum tersingkap .
Ekspidisi ini berjalan dengan lancar tanpa mmpunyai masalah . kami kehabisan bekalan makanan dan terpaksa berkongsi bekalan makanan yang ada , itu menjadikan ikatan persahabatan kami semakin erat . Semangat bekerjasama terutama semasa mendirikan tapak perkhemahan dan semasa menyediakan makanan . Oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk , kami tidak dapat menyediakan makanan dengan sempurna oleh kerana nyalaan api yang kecil dan tidak mampu memanaskan makanan dengan sempurna . Walaupun begitu , makanan yang tidak sempurna itu adalah 1 nikmat besar didalam keadaan kami yang sangat terdesak kelaparan dan kehausan .
Sehinggalah salah seorang dripada Geng Ekspidisi terminum minyak gas yg disangkakan air mineral .
Perjalan diteruskan , sampailah dipertengahan jalan , check point Batu Hampar , cuaca seakan mendung . Salah seorang Geng Ekspidisi kami terlepas cakap , 
katanya  "wah ! kalau ada petir , senang nak buat api .." . Saat selesai terlepas kata , berdentum petir betul-betul diatas kepala kami . Kesemua kami terdiam , dan taubat xkan cakap lagi .
Peristiwa seterusnya , kami terserempak sepasang suami isteri dalam lingkungan 60 tahun berpakaian jubah dan telekung putih selepas kami melepasi tebing curam sebelum sampai kepuncak gunung, kami bertegur sapa dan memberi salam ..
Ketika kami berehat , kami terfikir bagaimana pasangan tersebut boleh sampai kepuncak gunung , sedangkan mereka terpaksa melalui tebing yang curam yang hanya boleh dilalui menggunakan tali.
MISTERI .. 
Setibanya kami dipuncak yang kami tawan selama 8 jam , kepuasan memenuhi jiwa remaja kami .! kami sangkakan seolah-olah kami berada dipuncak dunia , namun kami dapati ada burung helang berlegar-legar di atas kami .  Frust betul lah , bengang pun ada . 
Begitulah kehidupan kita didunia . 
Sangkakan diri sudah pandai , tetapi ada lagi yang lebih pandai .
Sangkakan diri hebat , ada lagi yang lebih hebat .
Sangkakan diri berkuasa , ada lagi yang paling berkuasa .
Namun .. yang paling berkuasa hanyalah Allah s.w.t. Yang Maha Tinggi dan Agung .

~salam .

No comments:

Post a Comment