Friday, December 30, 2011


Soalan Sirah Rasulullah

1)  Siapakan nama ibu dan bapa Rasulullah S.A.W?

    ------------------------------------------------------------

2) Dimanakah tempat bapa Rasulullah S.A.W wafat?

--------------------------------------------------------------

3) Apakah peristiwa besar yang berlaku keatas kaabah sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W?

 ----------------------------------------------------------------

4) Bagaimanakah keadaan Rasulullah S.A.W di besarkan setelah kewafatan ibu dan bapanya ?
   
    -----------------------------------------------------------

Thursday, December 29, 2011

Aktiviti

Soalan 1
Sebutkan pengertian Taqwa pada bahasa dan Istilah.

Soalan 2
Berikan 2 ciri orang yang bertaqwa.


Latihan

1. Ciri orang bertaqwa ialah .............
(a)  sabar     (b)  pemarah    (c)  hasad dengki    (d)  riak

2. Kelebiahn orang bertaqwa ...................
(a) dibenci masyarakat     (b) dimusuhi keluarga    (c) disayangi Allah    (d)  dihindari kawan-kawan

pengalaman dipuncak Gunung Ledang mengingatkan tentang kebesaran Allah s.w.t.



Bersama rakan2 Geng Maahad Johor Batch '96 ,kami mulakan langkah dakian kami dgn melalui susur jalan pejalan kaki . Melihat keindahan dengan mata kepala sendiri , membuatkan kami berasa sangat kerdil disisi Allah s.w.t . Keindahan yang terpapar dihadapan kaca mata kami sendiri masih menyimpan beribu rahsia dimana masih belum dirungkai dan belum tersingkap .
Ekspidisi ini berjalan dengan lancar tanpa mmpunyai masalah . kami kehabisan bekalan makanan dan terpaksa berkongsi bekalan makanan yang ada , itu menjadikan ikatan persahabatan kami semakin erat . Semangat bekerjasama terutama semasa mendirikan tapak perkhemahan dan semasa menyediakan makanan . Oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk , kami tidak dapat menyediakan makanan dengan sempurna oleh kerana nyalaan api yang kecil dan tidak mampu memanaskan makanan dengan sempurna . Walaupun begitu , makanan yang tidak sempurna itu adalah 1 nikmat besar didalam keadaan kami yang sangat terdesak kelaparan dan kehausan .
Sehinggalah salah seorang dripada Geng Ekspidisi terminum minyak gas yg disangkakan air mineral .
Perjalan diteruskan , sampailah dipertengahan jalan , check point Batu Hampar , cuaca seakan mendung . Salah seorang Geng Ekspidisi kami terlepas cakap , 
katanya  "wah ! kalau ada petir , senang nak buat api .." . Saat selesai terlepas kata , berdentum petir betul-betul diatas kepala kami . Kesemua kami terdiam , dan taubat xkan cakap lagi .
Peristiwa seterusnya , kami terserempak sepasang suami isteri dalam lingkungan 60 tahun berpakaian jubah dan telekung putih selepas kami melepasi tebing curam sebelum sampai kepuncak gunung, kami bertegur sapa dan memberi salam ..
Ketika kami berehat , kami terfikir bagaimana pasangan tersebut boleh sampai kepuncak gunung , sedangkan mereka terpaksa melalui tebing yang curam yang hanya boleh dilalui menggunakan tali.
MISTERI .. 
Setibanya kami dipuncak yang kami tawan selama 8 jam , kepuasan memenuhi jiwa remaja kami .! kami sangkakan seolah-olah kami berada dipuncak dunia , namun kami dapati ada burung helang berlegar-legar di atas kami .  Frust betul lah , bengang pun ada . 
Begitulah kehidupan kita didunia . 
Sangkakan diri sudah pandai , tetapi ada lagi yang lebih pandai .
Sangkakan diri hebat , ada lagi yang lebih hebat .
Sangkakan diri berkuasa , ada lagi yang paling berkuasa .
Namun .. yang paling berkuasa hanyalah Allah s.w.t. Yang Maha Tinggi dan Agung .

~salam .

Isi Kandungan

Taqwa 1. Pengertian taqwa dan dalilnya. 2. ciri-ciri orang bertaqwa.

Objektif Pembelajaran

1. Dapat mengetahui dan menyebut pegertian taqwa dan dalilnya. 2. dapat mengetahui serta memahami ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Tujuan Utama blog dihasikan

Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk tujuan pendidikan mengenai sifat taqwa sebagai rujukan dan ilmu pengetahuan matapelajaran akhlak. ia adalah bagi mendedahkan perkara mengenai taqwa kepada Allah yang amat hebat yang perlu ada oleh setiap orang muslim sebagai panduan dalam hidup bagi menambahkan dan memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Assalammualaikum

ASSALAMMUALAIKUM............. SELAMAT DATANG KE BLOG ISTIQAMAH LEDANG AGAR KITA SAMA2 DAPAT ILMU YANG BERMANFAAT